Saturday, September 18, 2010

Perjuangan Terakhir Pelajar UPSR 2010 SKRP.

Setelah 7 tahun bermula dari Tadika maka tempoh 3 hari dari sekarang pelajar SKRP akan menempuh ujian yang pertama mereka UPSR pada 21 Septeptember ini. Dalam hati mereka tiada siapa yang tahu keresahan, keyakinan mahu pun menyerah pada takdir. Tapi sebagai warga pendidik ini lah saat yang ditunggu-tunggu untuk melihat perjuangan mereka menghadapi UPSR setelah sepanjang tahun bertukus-lumus mengadakan kelas tambahan disebelah petang dan malam di samping waktu belajar disebelah pagi. Keputusan cemerlang yang akan dicapai oleh pelajar yang menduduki UPSR nanti merupakan respon terbaik dan pengubat penat lelah sepanjang waktu bersama mereka. Inilah harapan bagi setiap pendidik yang diberi tanggungjawab mengajar matapelajaran asas di Tahun 6.
Semoga dengan majlis penyerahan ilmu hari ini memberi kesedaran kepada pelajar semua bahawa warga pendidik SKRP benar-benar meletakkan harapan yang tinggi untuk pelajar tahun ini menjulang nama sekolah serta menambah lagi bilangan pelajar yang akan ke sekolah berasrama penuh atau pun MRSM. Menjadi kebanggaan setiap warga pendidik apabila anak buah nya berjaya dalam ujian dan dapat meneruskan pengajian ditempat yang terpilih sudah memadai miskipun tidak minta dibalas dengan bentuk material yang lain diatas pengorbanan mereka......guru sungguh mulia hatimu , mengilap permata dan menyinari wajah anak kecil ini dengan berbagai kerenah dan kenakalannya....... Selamat Menghadapi Ujian UPSR dan semoga anda akan berjaya...

No comments:

Post a Comment