Friday, September 17, 2010

Kenangan Di Malam Adilfitri

Berakhirnya Ramadan 1431 bersamaan Khamis September 2010 maka berlalulah bulan yang penuh berkat yang terdapat Malam Lailatul Qadar dimana amalan manusia diganjari dengan kelebihan amal seribu bulan. Peninggalan Ramadhan tahun ini benar-benar membawa kepiluan dalam hati ini kerana aku terlalu kerdil untuk mengisinya dengan sebaik mungkin diatas kealpaan dan ketidak kesungguhanku tahun ini. Apakah mungkin ditahun depan kita masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan ? Entah Ya entah Tidak kerana tiada siapa tahu apa yang akan berlaku dan dapat menjaminkannya. Aku benar -benar terkilan melihat diriku dan suasana sekeliling.

Pada malam jumaat sewaktu sembahyang tasbih berlangsung Mussolla tempat aku berjemaah telah digegar dengan dentuman mercum dan bunga api yang amat dasyat sekali. Tidak pernah berlaku dalam sejarah ini dimana aku terpaksa tangguh sembahyang tersebut dan turun melarang anak muda yang cucuh mercum dan bunga api berhampiran dengan tempat berjemaah tersebut. Amat mendukacita sekali bila diberitahu yang para jemaah terganggu dengan apa yang mereka lakukan maka jawapannya yang aku terima bahawa mereka tidak tahu dan kumpulan anak muda tersebut seakan selamba menjawabnya. Subhanallah .....inilah generasi yang bakal membesar dan mewarisi masa depan yang sudah hilang budaya Adillfitri yang kini bangga dengan budaya asing hinggakan sudah tidak perduli dengan suasana sekeliling dan orang tua. Kemana hilangnya rasa hormat dan kasih pada ibadat bila budaya asing dihidupkan dengan cara membakar mercun dimalam yang begitu mulia disisi Allah dan hambanya yang soleh. Kepada siapa hendak dipersalahkan? Kepada siapa tangungjawab ini perlu dibebankan bila anak muda ini sudah jauh tersasar dalam mencari indentiti diri dalam menyambut Adilftri ? Apakah cukup jika kita sudah Islam dan Kelantan ini Serambi Mekah ? Sedangkan anak muda kita sudah terlalu jauh dan terumbang ambing tampa panduan dan hala tuju sebenar . Kalaulah orang Islam sendiri sudah hilang rasa hormat pada yang tua dan tidak mahu ambil peduli dengan masjid mahu pun mussolla maka lahirlah generasi yang kosong jiwa dan akalnya maka tunggulah ....keputusan sebenar dari Allah. Aku cukup pilu dan sedih memikirkannya sedangkan para pemimpin saling mencaci sesama Islam dan ada yang mendabik dada dengan Islam tapi nadi Bumi ini (manusia ) sudah mula jauh dengan Islam..lselangkah demi selangkah hinggakan mereka sudah jauh hanyutnya tapi kita yang tahu sibuk dengan politik kepartian malam siang , ceruk dan rantau sampai berbuih mulut cakap Islam tapi anak-anak muda terkiar-kiar tampa mengenali indentiti diri sebenar dan meniru budaya asing yang dianggap baik .....aku mengeluh sendirian

No comments:

Post a Comment