Tuesday, August 14, 2012

Selamat Tinggal Ramadhan

Tika aku menulis disini...jam dinding menunjukkan waktu 10.35 malam. Detik-detik masa terus bergerak terus tampa menoleh lagi. Dan aku kini mengira bahawa tarikh sudah pun masuk 14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H.

Betapa cepatnya masa berlalu dan kini Ramadhan sudahpun berada di 10 yang akhir. Cuma 4 atau 5 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Akan tiada lagi suara riuh selawat semasa Solat Terawih di Mussaola tempat aku berjemaah. Dan tentunya suasana lama akan kembali seperti biasa. Setakat ini hampir penuh Mussoala ini dipenuhi oleh para jemaah...tika dibulan yang mulia ini. Dan tentunya bila Ramadhan meninggalkan kita nanti maka berapa sangat yang dapat menghayati semangat Ramadhan selepas ini. Betapa hebatnyanya Ramadhan..dan kini aku sedang menghitung jari tentang pemergian Ramadhan dengan penuh rasa terharu kerana kurang mujahadah ku semasa berada dibulan yang mulia ini.

Betapa hebatnya roh yang dimiliki oleh orang-orang dahulu hingga mereka telah menjadikan bulan ini sebagai modal untuk bermujadah dan meningkatkan iman dan amal.....apakah aku dapat bertemu lagi dengan Ramadhan ditahun hadapan...siapa dapat meramalkannya ? Kerana itulah para Sahabat akan menangis bila hampirnya berakhir Ramadhan tidak seperti ku yang jauh terkesan malah akan gembira bila Syawal tiba kerana tika itu tiada lagi kongkongan yang dirasai...betapa lemahnya iman ku.........

Terasa sekali Ramadhan kali ini aku tertewas dengan suasana dunia yang penuh tarikan cobaannya.......Astaufirllah ha azim.....

No comments:

Post a Comment